1. Setiap pelajar hanya dibenarkan membeli 2 keping kad pinjaman Buku Fiksyen (kuning) dan 1 keping kad pinjaman Buku Red Spot (merah).
2. Kad pinjaman tersebut boleh dibeli dengan harga RM0.20 satu keping.
3. Setiap kad pinjaman hendaklah ditulis dengan nama, tingkatan dan alamat pelajar dan dilekatkan dengan sekeping foto terkini. Foto tersebut mestilah bersaiz IC atau LESEN. Gambar fotostat tidak diterima.
4. Pelajar tidak boleh menconteng kad pinjaman. Kad pinjaman yang telah diconteng mesti diganti.
5. Pelajar tidak boleh menggunakan kad pinjaman pelajar lain untuk meminjam buku.
6. Pelajar hanya boleh dibenarkan meminjam 3 buah buku sahaja pada satu masa
iaitu:-
•2 buah buku fiksyen dan 1 buah buku red spot.
7. Pelajar yang meminjam lebih daripada 1 buah buku bukan fiksyen/ red spot akan digantung pinjamannya selama sebulan.
8. Pelajar tidak boleh meminjam buku red spot/ fiksyen lebih daripada 3 kali berturut-turut. Pelajar yang berbuat demikian akan digantung pinjamannya selama sebulan.
9. Tempoh pinjaman adalah seperti berikut:-
i. buku fiksyen - 1 minggu
ii. buku bukan fiksyen - 1 hari
10. Buku yang lewat dipulangkan akan dikenakan denda RM0.10 sehari. Pelajar yang dikenakan denda hendaklah menandatangani BUKU REKOD DENDA selepas membayar denda.
11. Sekiranya pelajar lewat memulangkan buku lebih daripada 2 minggu maka dia akan diminta oleh Pengawas PSS untuk memulangkan buku tersebut dan juga diwajibkan untuk membayar kos buku itu. Pelajar yang enggan akan dikenakan tindakan disiplin.